Sunday, August 21, 2005

Para Da'i dan Uslub (Cara)

Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan
memperkembangkan da'wah, para da'i, sahibud-da'wah mestilah mempunyai
sifat-sifat asasi dan mereka mesti beriltizam dengan satu uslub yg sahih
dan benar di dalam urusan da'wah mereka.

Satu dari sifat yg utama dan paling penting kepada pendukung da'wah
ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yg baik bagi Islam yg
diserukannya. Dia mesti menunaikan segala rukun Islam mengikuti Sunnah
dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yg syubahat
atau yg samar-samar, menjauhi segala yg haram, sentiasa mengingati Allah
di segala perkara yg kecil dan besar. Di dalam Rumahtangganya, ahlinya
mestilah beriltizam dgn segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.

Sesungguhnya keikhlasan pendukung da'wah dan kebulatan hatinya kerana
Allah dan bagi da'wah Allah merupakan satu faktur yg sangat penting.
Supaya da'wah nya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yg
diseru lantas mereka dgn senang hati menyambut baik seruan itu. Mereka
akan terpesona dgn seruannya jika dilakukan dgn penuh keikhlasan dan
tidak dicampur-baurkan dgn tujuan lain atau disadur dgn kepentingan
duniawi.

**Dia bercakap untuk da'wah, bergerak untuk da'wah, berjalan kerana
da'wah, jadi dia adalah untuk da'wah, kerana da'wah dan bersama dengan
da'wah.**

Muslim yg mendukung da'wah pertama-tamanya dia mestilah mempunyai
pembacaan yg luas, mengikuti segala peristiwa, segala pergolakan,
mengikuti segala perkembangan suasana dan situasi mesti mengetahui
berbagai-bagai mazhab dan aliran fikrah semasa. Kelak mereka mampu
mengemukakan da'wah Islam itu dgn uslub yg baik dgn cara yg menarik dan
nenawan hati. Pandai menawan hati manusia dan tidak menyebabkan orang
semakin liar. Lantas dia dapat mengemukakan Islam dengan cara yg
sebaik-baiknya di tengah ombak dan gelombang kesesatan yg menyesatkan
dari segala penjuru dunia. Dia mesti menerangkan Islam dgn jelas dan
mudah difahami dan tidak menimbulkan kekusutan. Dia membaiki suasana dan
tidak memburukkannya, kerana berapa ramai orang yg mengaku sebagai
penda'wah yg telah merosakkan Islam dengan keburukan cara berda'wah
dalam Islam dan mendatangkan keburukan kpd Islam dengan sangkaan bahawa
mereka telah berbuat baik.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yg
baik dan bantahlah mereka dengan cara yg baik" [An Nahl: 125]

No comments: